Monday, September 7, 2009

Ingin anak anda cemerlang dalam Peperiksaan??

Program Score A ini adalah pendidikan secara atas talian (on-line) yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pertubuhan PIBGN. Lebih dari 90 % pelajar yang menggunakan Program Score A mendapat Pangkat A dalam peperiksaan UPSR dan PMR .Sekarang anak anda berpeluang untuk menikmatinya juga.

Apa dia program Score A
Ia adalah sebuah Program Pendidikan atas talian (online) yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Malaysia dengan disokong oleh Persatuan IbuBapa & Guru Nasional (PIBGN).

Program ini mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang..tetapi ia terbukti untuk pendidikan yang ada di Malaysia sahaja. Sebanyak 93 % pengguna telah menerima keputusan cemerlang dengan mendapat A samada dalam UPSR dan PMR.

Program ini boleh diguna oleh pelajar dari tahun satu sehingga tingkatan 3.
sangat baik dan berkesan dalam memastikan anak-anak anda beroleh kejayaan. Banyak sekolah di Malaysia ini telah menggunakan program ini bagi memastikan pelajar mereka berjaya dan nama sekolah melonjak naik...

Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak anda akan mendapat faedah yang baik sekali dalam memiliki program ini.

untuk lebih baik diterangkan secara bersemuka... sama-sama akan mendapat faedahnya..

anda boleh melawat laman sesawang http://www.%20scorea.com/


jika anda berminat untuk menjadi ejen bagi program ini sila hubungi saya di talian
0194754163 atau emailkan ke mkhizal@yahoo.com , mari kita membuat temu janji dan berbincang dengan lebih lanjut.


Tentang saya :


Berasal dari Taiping Perak, dan bekerja di Pulau Pinang sebagai pensyarah dan masih lagi bekerja ditempat yang sama. Berijazah dari UITM dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Halus dari University of Tasmania, Australia.
kenapa saya mengambil peluang ini..kerana saya dapati dia amat-amat berfaedah bagi memastikan anak-anak kita berjaya. Score A ini adalah program yang yang khusus untuk melatih anak-anak dalam subjek yang diajar di sekolah. kerana program ini sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa....

jadi... hubungi atau sms saya melalui talian 0194754163 atau emailkan pada saya mkhizal@yahoo.com.


semoga dengan tindakan anda..anak anda berjaya pada masa hadapan mereka.....


Message from Y.B. Dato’ Aziz Shamsuddin, Deputy Education Minister
Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan, di Pelancaran Perasmian Portal Pendidikan Interaktif SCORE A PROGRAMME™pada 25 Ogos 2002
Syabas kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd atas usaha mereka kerana mampu menganjurkan program ini dengan jayanya.
Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi. Pengaruh globalisasi menjangkau ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideology, pendidikan dan dari segenap aspek kehidupan masyarakat. Perubahan teknologi terutamanya perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara kita berfikir dan berkomunikasi.
Generasi muda harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam teknologi ini. Disinilah rasionalnya kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak merealisasikan matlamat ini dalam pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak menunggu kita lagi. Warga pelajar harus disediakan untuk menguasai dan menerokai medium teknologi maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk memampukan mereka mampu bersaing dalam dunia global. Gelombang baru yang berlaku dalam pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat wajib diterima.
Keprihatinan kerajaan dalam isu ini di kalangan generasi muda sepatutnya disahut oleh semua pihak bagi memastikan kemampuan kita bersaing menguasai maklumat serba canggih. Perjuangan bangsa bukan sahaja terletak diatas bahu kita tetapi kita harus berganding bahu dengan generasi sekarang. Disini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan cita-cita murni ini.
Bertitik tolak dari inilah usaha Edu-2U Portal Sdn.Bhd. harus dipuji. Inisiatif syarikat ini harus dilanjutkan ke seluruh negara. Badan-badan kerajaan dan swasta sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bertindak untuk memastikan usaha ini direalisasikan.
Saya telah dimaklumkan juga bahawa syarikat Edu-2U Portal Sdn.Bhd., merupakan syarikat perintis menghasilkan program yang komprehensif untuk pelajar. Lebih membanggakan modul pembelajaran yang disediakan bersifat interaktif dan dwibahasa. Kejayaan inovatif ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kemampuan pelajar dalam menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Usaha untuk melahirkan portal pendidikan interaktif Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini amat saya kagumi. Teknologi berubah menuntut semua perubahan termasuk cara kita belajar. Saya yakin jika program ini dimanfaatkan dengan baik ia dapat menbantu pelajar kita dalam penguasaan bahasa, ilmu matematik dan sains.
Syabas sekali lagi kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd yang menunjukan keprihatinan mereka untuk menyahut gelombang baru dalam dunia pendidikan. Portal pendidikan interaktif ini mampu melahirkan masyarakat celik IT yang bermula dari peringkat kanak-kanak seiring dengan berpatah Melayu “ Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”
Dengan kata kata itu, maka saya dengan besar hati merasmikan Pelancaran Portal Pendidikan Interaktif Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Y.B. Dato’ Abdul Aziz ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan

No comments:

Post a Comment